Wednesday, December 1, 2010

Majlis Penyampaian Perngat Perkhidmatan Setia 2010



Ketua JAV En. Ali Paie
PP Nazairuddin Ramli (Betong) Protocol Media


Petugas jabatan penerangan memberi perkhidmatan siaraya dan pengawalan media di Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia 2010 yang berlansung di Ballroom, Kingwood Hotel Sibu pada 30 November 2010 @ 3.00 petang, dimana Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud hadiri untuk menyempurnakan penyampaian pingat.

Wednesday, April 15, 2009








Kuiz Asean 2009
















Tuesday, April 14, 2009


Here and There around Sibu 2009 (Sg.Merah)



The Quarry that pollute and threaten the nearby residents' health - What has the government says???

2009 Pics




The quarry that is just 100 metres away from the newly occupied housing garden along Km15 Kota Samarahan. Without any attention from the health or governning authorities, the residents are expose to health hazard such as all day dust which not only a threats to the cleaniness and foremost their health.

Sunday, February 10, 2008

Anak Melayu pertama melukis di dasar laut

AJIS ketika melukis di dasar laut.
LUKISAN Ajis mengekalkan elemen keindahan alam

CITA-CITANYA menjadi seorang ahli geologi, tetapi sebaik saja menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Zainurin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ajis Mohamad mula menukar minat menjadi seorang pelukis. Kekecewaan apabila permohonan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditolak bahkan disindir supaya pulang ke kampung menanam kacang menguatkan lagi semangatnya yang sentiasa berfikiran positif dengan menjadikan sindiran itu sebagai cabaran.

Berbekalkan keputusan STPM 3 prinsipal (1A, 1B, 1C), beliau sememangnya tidak ada masalah untuk melanjutkan pelajaran di maktab perguruan, tetapi disebabkan minatnya terlalu mendalam dalam seni lukis, Ajis mula mengembara seluruh negara mencari ilmu dan pengalaman. Selama 15 tahun beliau melukis dengan memfokuskan kepada lukisan potret, ia sudah cukup melayakkannya memperoleh 'ijazah universiti kaki lima', yang dipenuhi keperitan hidup sebagai anak seni yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, beliau berjaya keluar daripada kepompong kesusahan atas usaha menimba ilmu dan sentiasa belajar dengan menjadikan sikap suka membaca sebagai satu tabiat.

Sinar kejayaan hidupnya bermula apabila namanya dicatatkan dalam sejarah negara pada Jun 2000 selepas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya melukis gambar kehidupan sebenar di dasar laut di Pulau Tenggol, Terengganu. Lukisan pertama yang dihasilkan di dasar laut ialah pada kanvas sebesar 81.3 sentimeter x 61 sentimeter dengan biru air laut sebagai latar belakang. Kini tumpuan adalah kepada lukisan mengenai apa saja kehidupan laut dalam usaha memupuk kesedaran mengekalkan khazanah alam. Minat anak seni kelahiran Kajang, Selangor tetapi membesar di Felda Chempelak Barat, Labis, Johor ini bermula apabila timbulnya konflik dalam diri mengenai apa yang dibaca dalam bahan sastera dengan realiti sebenar. "Secara metafora, laut sering digambarkan sebagai ganas manakala ombak kejam. Wujud konflik di situ, adakah ia benar kerana bagi saya ia cuma digambarkan secara permukaan saja. Itu yang menimbulkan minat saya untuk mengkaji apa sebenarnya di dasar laut dan berkongsi pengalaman itu melalui lukisan.


"Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya jalankan kajian sendiri selama setahun bagaimana mahu merealisasikan impian melukis di dasar laut," katanya yang berminat dalam lukisan marin dan hidupan laut. Selepas memperoleh lesen menyelam pada 1997, beliau mengambil masa tiga tahun untuk mencari pembaharuan dalam diri serta hasil seninya. Katanya, air laut diakui mempunyai kadar masin yang tinggi dianggarkan pada tahap PH8 dan ini menimbulkan kesukaran melukis kerana kanvas akan menyerap garam menyebabkan bahan warna tidak melekat. "Selepas setahun mengkaji bagaimana nak lekatkan warna pada kanvas dalam air, saya dapat satu resolusi iaitu laut mempunyai kadar apungan air yang sangat tinggi sebab terlalu masin. "Sebaliknya air tawar mempunyai kadar tahap bacaan pada PH7.0 ke bawah dan lebih neutral dan warna boleh dilekatkan pada kanvas. Saya fikirkan bagaimana nak buat, jika nak neutralkan air laut, ia sesuatu yang mustahil, jadi kenapa saya tidak neutralkan saja kanvas. "Saya rendam kanvas di dalam air tawar yang mempunyai PH7 atau PH6.5 ke bawah dan masukkan ke dalam air laut. Disebabkan sifat apungan air laut tinggi, jadi air laut tidak akan masuk ke dalam kanvas, jadi saya boleh melukis tanpa masalah," katanya. Beliau mengakui teori apungan air laut yang dihasilkannya banyak membantu kejayaan kerjayanya apabila hasilnya mula dikenali ramai termasuk pada peringkat antarabangsa. Dari aspek jenis bahan warna yang digunakan,

Ajis menjelaskan sebagai seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar, beliau terpaksa memikirkan penggunaan bahan yang tidak menjejaskan kehidupan laut. "Saya gunakan 'oil bar' dalam bentuk keras seperti krayon yang digunakan kanak-kanak dan ia tidak akan pecah. Jika gunakan warna cair seperti biasa, ia akan menghasilkan serbuk halus dan akan dimakan ikan kecil. Ia mengandungi toksik dan boleh membunuh hidupan kecil. "Apabila saya sudah selesaikan masalah itu, saya mula berminat mengkaji batu karang. Asalnya memang saya lukis saja apa yang saya nampak, tetapi sekarang saya fokus dan kaji apa yang sebenarnya saya nampak. 'Secara spiritual, saya pernah terjun ke dalam laut pada waktu malam, keadaannya gelap gelita dan kita sendiri tak tahu mana kedudukan dan hala tuju. Pada waktu siang dan bercahaya, kawasan itu sangat cantik. Ia mengingatkan saya mengenai kehidupan, jika ada panduan dan hala tuju, ia akan berjaya," katanya. Dalam menghasilkan lukisan, Ajis akan memasukkan semua elemen dilihat dan baginya ia bukan setakat mempunyai nilai artistik semata-mata, tetapi berfungsi sebagai alat menyedarkan masyarakat berkongsi mengenai apa pandangannya iaitu mengekalkan dan menjaga keindahan alam.

PROFIL: Zainurin Mohamad (Ajis Mohamad)
Dilahirkan di Kajang, Selangor pada 25 Mei 1964
Berkahwin dengan Jasinah Jamdari (Jas) dan dikurniakan dua anak, Mohd Allif, 17, dan Nurul Shahera, 13.
Anak kedua daripada 10 adik beradik
Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Menerima anugerah Duta Belia Negara 2004, anugerah pameran lukisan dasar laut sempena Festival Seni Air Terbesar Malaysia, Balai Seni Lukis Negara yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada April 2002, anugerah lukisan terpanjang di dasar laut berukuran 36 meter yang dicatatkan dalam MBOR, April 2004 dan menjadi pelukis pertama negara melukis di dasar laut di Pulau Tenggol, Terengganu yang dicatatkan dalam MBOR pada 2000.
Alamat galeri No 5, Galeri Dahlia, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.